Khidmat Penuisan Wasiat Online Fincrew

Perbaharui Insurans Auto
PENULISAN WASIAT ONLINE FINCREW
RANCANG LEGASI ANDA HARI INI
Ada pepatah yang mengatakan ‘Sediakan Payung Sebelum Hujan’. Kita tidak dapat meramal hari esok. Jaga orang yang anda kasihi dengan merancang legasi anda hari ini.

Adakah Penyediaan Wasiat Benar-benar Dapat Membantu Keluarga Anda?

Bayangkan anda mempunyai seekor anjing yang paling anda sayangi di dunia. Setiap hari tanpa gagal, anda akan memberi ia makan, membawanya berjalan-jalan dan memastikannya tidak terlepas temujanji dengan doktor haiwan. Anda memastikannya tidak pernah keluar ketika hujan atau makan coklat. Dan, apabila dia mempunyai anak kecil yang comel, anda akan melindungi dia dan anak-anaknya, serta memastikan tidak ada bahaya akan akan menimpa mereka. Tetapi apa yang bakal berlaku jika anda tiada? Siapa yang akan membawa anjing anda berjalan? Siapa yang akan memberi makan mereka? Adakah sesiapa yang akan menjaga mereka seperti mana anda menjaga mereka? Apa yang akan terjadi kepada teman kesayangan anda? Ini adalah soalan sama yang perlu anda jawab yang mana melibatkan aset-aset anda! Bagaimana anda memastikan bahawa apa yang telah anda usahakan selama ini tidak musnah apabila anda tiada lagi? Lebih penting lagi, bagaimana anda memastikan ia tidak menyebabkan konflik antara orang yang anda sayang? Jawapannya, dapatkan perkhidmatan penulisan wasiat online terbaik di Malaysia!

Tulis Wasiat Anda Secara Online Dengan Hanya RM9.90

Mengapa Saya Memerlukan Wasiat?

Tanpa wasiat, aset anda mungkin menjadi lebih membebankan daripada bermanfaat kepada keluarga anda pada masa mereka paling terdedah. Pengagihan yang terlibat boleh menjadi proses undang-undang yang panjang terutamanya jika berlaku pertikaian. Anda tidak boleh menganggap bahawa aset anda akan secara automatik pergi kepada orang yang anda mahukan. Berikan mereka jaminan dengan membuat wasiat dan undang-undang akan melindungi kehendak anda.

Alasan Untuk Mempunyai Wasiat

Menjimatkan Masa, Wang Dan Tekanan Untuk Insan Tersayang Anda

Hampir semua harta pusaka perlu dibawa ke mahkamah probet untuk memulakan proses perundangan bagi menyelia pembahagian aset. Apabila anda mempunyai wasiat, anda boleh memilih individu yang anda mahu untuk menguruskan harta pusaka anda, sekaligus memudahkan insan yang anda sayangi.

Menentukan Siapa Yang Akan Menguruskan Harta Anda

Apabila anda menulis sesuatu wasiat, anda akan menjadi ‘pewasiat’ dan mempunyai peluang untuk mencalonkan ‘pelaksana’. Menjadi seorang pelaksana adalah satu tanggungjawab yang penting. Tanggungjawab mereka termasuklah daripada menutup akaun bank sehinggalah mencairkan aset. Jika anda tidak memilih pelaksana dalam wasiat anda, mahkamah yang akan memilihnya untuk anda.

Menentukan Siapa Yang Akan Mendapat Aset Dan Harta Anda

Hampir semua orang tahu bahawa penulisan wasiat akan membenarkan mereka menentukan siapa yang akan mendapat harta tersebut. Sebagai pewasiat, anda boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai benefisiari untuk aset tertentu.

Memilih Siapa Yang Akan Menjaga Anak Anda Yang Masih Di Bawah Umur

Jika anda merupakan seorang ibu bapa, anda boleh menggunakan wasiat anda untuk melantik penjaga untuk anak anda yang masih di bawah umur. Biasanya, ibu atau bapa yang masih hidup akan mendapat hak penjagaan penuh jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia. Tetapi, jika kedua-dua ibu bapa ini meninggal dunia, ia menjadi sebab paling penting untuk memiliki wasiat.

Mengurangkan Kebarangkalian Untuk Pertikaian Keluarga

Apabila anda meninggal tanpa meninggalkan wasiat, keluarga anda perlu meneka apakah permintaan terakhir anda. Menyediakan wasiat akan menyelesaikan masalah ini dengan mengelakkan mereka berandaian semata-mata.

Tulis Wasiat Anda Secara Online Dengan 4 Langkah Mudah
1 Tentang Anda

Berikan Kami Beberapa Maklumat Peribadi Anda

2 Tulis Wasiat Anda

Lengkapkan Langkah-langkah Penulisan Wasiat Anda

3 Pembayaran

Bayar Dengan Selamat Secara Online Dan Muat Turun Wasiat Anda

4 Tandatangan & Jadikan Ia Rasmi

Tandatangani Bersama 2 Orang Saksi Dan Kini Wasiat Anda Telah Menjadi Rasmi


MULAKAN SEBUT HARGA ANDA
Artikel Berkaitan

Fincrew mempunyai perpustakaan online yang mengumpulkan pelbagai artikel berkaitan insurans dan kewangan

FAQ
  • Bolehkah Saya Menulis Wasiat Tanpa Sebarang Saksi? Adakah Ia Masih Sah?
  • Bolehkah Anda Menulis Wasiat Pada Sebarang Peringkat Umur?
    Undang-undang mensyaratkan anda berumur sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menyediakan wasiat yang sah. Dengan syarat anda berumur 18 tahun atau lebih, barulah undang-undang akan mengiktiraf wasiat yang anda sediakan.
  • Adakah Wasiat Begitu Penting? Patutkah Anda Menulis Wasiat?
    Menyediakan wasiat adalah penting kerana ia menjamin harta pusaka anda apabila anda meninggal dunia dan menjaga insan tersayang yang anda tinggalkan. Dengan wasiat semua orang tahu apa yang anda mahukan, dan sebarang insiden salah faham akan dapat dikurangkan. Anda perlu menulis wasiat kerana ia meletakkan anda dalam kawalan dan membantu anda menguruskan semua urusan anda secara terperinci.
  • Usia Berapakah Yang Baik Untuk Menulis Wasiat Seseorang?
    Tidak ada masa yang lebih baik berbanding masa sekarang! Dengan syarat anda berumur 18 tahun ke atas, dan berfikiran sihat, tidak ada salahnya untuk anda menyediakan wasiat. Anda boleh mengemaskini apabila berlaku sebarang perubahan.
  • Adakah Saya Memerlukan Peguam Untuk Melaksanakan Wasiat?
    Dengan tegas, undang-undang tidak memerlukan seorang peguam mesti menjadi pelaksana wasiat anda. Hampir semua orang boleh melaksanakan amanat anda, dengan syarat anda menganggap mereka cukup cekap untuk mengendalikan tugasan itu. Setelah menetapkan perkara ini, perlu disebutkan juga bahawa, adalah sering disyorkan bahawa anda mempunyai seorang peguam untuk melaksanakan wasiat anda kerana mereka lebih memahami perkara berkaitan undang-undang dengan lebih baik dan ini memudahkan urusan tersebut.
  • Apa Yang Akan Berlaku Apabila Wasiat Telah Ditandatangani Tetapi Tidak Disaksikan?
    Sekiranya wasiat anda tidak mempunyai saksi atau disaksikan dengan sewajarnya, wasiat anda secara automatik akan dianggap tidak sah oleh undang-undang.
  • Dalam Situasi Apakah Wasiat Boleh Dibatalkan?
    Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan pewasiat (anda) yang boleh menyebabkan pembatalan wasiat anda. Sebagai contoh, operasi undang-undang biasa akan membatalkan pilihan jika disediakan sebelum anda mempunyai perkahwinan kedua. Selain itu, memusnahkan wasiat sendiri atau mengarahkan seseorang untuk melakukannya bagi pihak anda boleh menyebabkan dokumen undang-undang dibatalkan.
  • Bolehkah Satu Orang Menulis Dua Wasiat Pada Masa Yang Sama?
    Ya dan tidak. Seseorang boleh mempunyai dua wasiat berkuat kuasa pada masa yang sama jika wasiat itu melibatkan dua harta pusaka yang berbeza. Walau bagaimanapun, seseorang tidak boleh mempunyai dua wasiat yang mengawal satu harta pusaka secara serentak.
X   Close
EN BM 中文
Close
Your subscription could not be saved. Please try again.
Your subscription has been successful.

Join Fincrew Mailing List