Insurans Gajet Peribadi Fincrew

Perbaharui Insurans Auto
Insurans gajet
melindungi untuk telefon, laptop, tablet & banyak lagi
Insurans gajet melindungi barangan elektrik peribadi anda dengan harga yang berpatutan. Insurans ini melindungi kebakaran & semua risiko, kerosakan yang tidak disengajakan atau kecurian.
Apa itu insurans gajet?

Insurans gajet Fincrew melindungi kos membaiki atau menggantikan gajet anda jika ia hilang, rosak atau dicuri, alatan yang anda pasti anda gunakan setiap hari, termasuk telefon bimbit, komputer riba, tablet, kamera digital dan juga konsul permainan anda. Kebanyakan gajet ini menelan kos yang mahal. Adakah anda mampu menggantikannya jika sesuatu berlaku? Jika jawapannya tidak, anda mungkin perlu mempertimbangkan insurans gajet.

  • Tablet

  • Laptop

  • Camera

  • Smart
    Phone

  • Mana-mana
    Perkakas Elektrik

Confirmation Of Insurance

Full Name

Phone Number

Email Address

Device

Select what device do you want to Insure?

Sum Insured Amount (RM)

*Maximum sum insured per item is RM10,000. Above the sum insured cover is subject to underwriting review
*Maximum sum insured per insured is RM50,000. Above the sum insured cover is subject to underwriting review

+ Add another device ?


Have your electrical appliances suffered damage/theft by any loss during the past five years?

Your device(s) is/are in full working order and free from any damage. Your chosen insurer may ask for photographic evidence of the condition of your device(s).

You have proof of purchase.

Ciri Insurans Gajet
  • Melindungi semua kejadian yang tidak diduga dan tidak disengajakan.

  • Perlindungan 24/7 di seluruh dunia untuk peralatan elektronik.

  • Pihak yang diinsuranskan tidak akan menanggung sebarang kerugian apabila pembayaran tuntutan dikeluarkan.

Kenapa Memilih Insurans Gajet Fincrew?
  • Kebakaran & semua bahaya, kerosakan tidak sengaja sehingga 50% daripada nilai pasaran

  • Tuntutan kecurian membayar dalam nilai pasaran penuh

  • Melindungi semua alat elektrik anda seperti jam tangan pintar, kamera atau tablet

  • Perlindungan 24/7 di seluruh dunia untuk peralatan elektronik.

  • 0 lebihan. Anda tidak akan menanggung sebarang jumlah kerugian apabila pembayaran tuntutan dikeluarkan.

  • *Nota Penting: Drone dikecualikan untuk insurans gajet ini.


Situasi Bagaimana Yang Kami Lindungi
  • Anda bekerja dari rumah dan tiba-tiba komputer riba anda secara tidak sengaja terjatuh dan rosak.

  • Anda membawa kamera ketika melancong dan ia kemudiannya dicuri.

  • Anda sedang menikmati kopi ketika bekerja dan secara tidak sengaja tertolak cawan, air kopi tumpah ke atas komputer riba dan merosakkannya.

  • Papan elektrik mengalami litar pintas dan telefon pintar anda rosak semasa sedang dicas.

  • Banjir telah merosakkan gajet anda dan jangan risau, anda telah dilindungi oleh insurans gajet kami!

Apa itu insurans gajet?
  • Apa itu insurans gajet?
  • Apakah perlindungan/manfaat yang disediakan?
    Polisi insurans gajet meliputi:

    • Kehilangan atau kerosakan ke atas harta anda atau mana-mana bahagiannya akibat kebakaran, kecurian, atau sebarang kemalangan atau kejadian tidak diingini.
    • Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh risiko melainkan risiko tersebut dikecualikan secara khusus oleh polisi ini

    Tempoh perlindungan adalah selama satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi anda setiap tahun.
  • Apakah pengecualian utama di bawah polisi ini?
    Polisi ini tidak melindungi kerugian kemusnahan atau kerosakan:

    Terjadi disebabkan berlaku kerana:
    a) Haus dan lusuh, susut nilai, kemerosotan beransur-ansur, karat, kulat, serangga perosak atau sebarang proses pencelupan, pembaikan, pemulihan atau pengubahsuaian.
    b) Kerosakan mekanikal atau elektrik atau kekacauan.
    c) Perang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi perang (sama ada perang diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara.
    d) Pemberontakan, rusuhan, mogok dan kekecohan awam, kebangkitan tentera atau kebangkitan awam, pemberontakan, revolusi, ketenteraan atau rampasan kuasa, undang-undang tentera atau keadaan pengepungan atau mana-mana peristiwa atau punca yang menentukan pengisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau perintah berkurung.
    e) Rampasan atau nasionalisasi atau tuntutan atau pemusnahan atau kerosakan harta oleh atau di bawah perintah mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Awam atau Tempatan
    f) Kenderaan tanpa pengawasan.
    Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi ini untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
  • Bolehkah saya membatalkan insurans saya?
    Anda boleh membatalkan insurans anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak untuk mendapat bayaran balik premium yang ditolak berdasarkan kadar jangka pendek ke atas penanggung insurans untuk tempoh polisi yang telah berkuat kuasa.
  • Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan dalam maklumat hubungan saya?
    Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan dalam maklumat hubungan anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
  • Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
    Kepentingan pendedahan
    Menurut Perenggan 4 (1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu relevan dengan keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan digunakan dan apa-apa perkara yang dianggap munasabah oleh seseorang dalam keadaan yang dianggap relevan untuk diketahui, jika tidak ia boleh mengakibatkan pengelakan kontrak, tuntutan ditolak atau dikurang, terma berubah atau berbeza-beza atau kontrak ditamatkan. Kewajipan untuk pendedahan Kontrak Insurans Bukan Pengguna ini hendaklah berterusan sehingga masa kontrak dimeterai, diubah atau diperbaharui. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan segera jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami, ada mana-mana maklumat yang diberikan adalah tidak tepat atau telah berubah.

    • Anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga biasa dan munasabah untuk menjaga keselamatan harta yang telah diinsuranskan.

    • Jika amaun harta yang anda insuranskan adalah kurang dari nilai sebenar pada masa kerugian (iaitu di bawah insurans) anda akan dianggap sebagai ‘self-insurance’

    • Anda mesti memaklumkan syarikat insurans anda atau kami secara bertulis mengenai sebarang perubahan penting dalam tempoh polisi supaya pindaan yang diperlukan diendorskan ke dalam polisi anda.

  • Di mana boleh saya dapatkan maklumat lanjut?
    Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan tentang Insurans Semua Risiko Peribadi kami atau sebarang jenis produk insurans lain, anda boleh menghubungi kami di www.fincrew.my

    Jika anda masih lagi mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:
    Tower A Level 1-05 Vertical Business Suite
    59200 Bangsar,
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Nombor Telefon: 603 2242 0820
    E-mel: support@fincrew.my
  • Apakah yang perlu saya lakukan apabila membeli insurans gajet?
    Anda perlu memastikan bahawa gajet anda diinsuranskan pada jumlah yang sesuai dan memberikan nombor siri yang betul bagi item yang diinsuranskan. Anda perlu membaca dan berbincang dengan pasukan ‘live chat’ kami atau hubungi kami terus untuk mendapatkan maklumat lanjut.
X   Close
EN BM 中文