Insurans Semua Risiko Pejabat Fincrew

Loading...

Perbaharui Insurans Auto
INSURANSSEMUA RISIKO
UNTUK PEJABAT UNTUK PEJABAT UNTUK PEJABAT UNTUK PEJABAT
Insurans semua risiko untuk melindungi kandungan pejabat (premis sahaja) dan peralatan elektronik (seluruh dunia) dengan harga yang berpatutan. Insurans ini akan melindungi kebakaran dan semua bahaya, kerosakan secara tidak sengaja atau kecurian.

Lindungi aset anda dengan insurans semua risiko

3 Langkah Mudah Untuk Melindungi Aset Syarikat Anda

1. Berapa banyak yang anda mahu untuk menampung peralatan elektrik anda yang anda atau pekerja anda boleh bawa dan mengembara ke seluruh dunia.

(Contoh peralatan elektrik seperti tablet, komputer riba, projektor atau sebarang peralatan kecil)

  • RM 20,000

  • RM 40,000

  • RM 60,000

  • RM 80,000

  • Masukkan jumlah anda
2. Berapa banyak yang ingin anda lindungi untuk kandungan pejabat anda.

(Contoh membaiki perabot dan kelengkapan/Barangan boleh alih seperti perabot boleh alih, mesin fotostat, desktop atau pelayan)

  • RM 20,000

  • RM 40,000

  • RM 60,000

  • RM 80,000

  • Masukkan jumlah anda
Seterusnya

Pengesahan Insurans
Maklumat Syarikat

Nama

Pendaftaran Perniagaan No.

Sifat Perniagaan

Alamat


Alamat Line 1(tidak diwajibkan)

Negeri

Bandar

Poskod

Adakah kandungan anda dan/atau peralatan elektrik anda mengalami kerosakan/kecurian akibat sebarang kehilangan dalam tempoh lima tahun yang lalu?

Pihak Syarikat yang Bertanggungjawab

Name Pernuh Pihak Syarikat yang Bertanggungjawab

Nombor Telefon Pihak Syarikat yang Bertanggungjawab

Alamat emel Pihak Syarikat yang Bertanggungjawab

Jawatan Pihak Syarikat yang Bertanggungjawab

Insurans Semua Risiko Untuk Pejabat

Insurans semua risiko untuk melindungi kandungan pejabat (premis sahaja) dan peralatan elektronik (seluruh dunia) dengan harga yang berpatutan. Insurans ini akan melindungi kebakaran dan semua bahaya, kerosakan secara tidak sengaja atau kecurian.

Ciri-ciri insurans semua risiko
  • Melindungi semua kejadian malang dan kemalangan

  • Klausa nilai pengembalian semula-bayar jumlah resit asal apabila tuntutan berada dalam perlindungan insurans dan item tersebut rosak dalam tempoh 5 tahun.

  • Perlindungan 24/7 di seluruh dunia untuk peralatan Elektronik.

  • 0 lebihan. Penanggung insurans tidak akan menanggung sebarang jumlah kerugian apabila pembayaran tuntutan dikeluarkan

Kami melindungi ANDA
Semasa pekerja anda

bekerja dari rumah (BDR)

Pandemik Covid-19 menyebabkan ramai pekerja dari pelbagai sektor bekerja dari rumah (BDR). Risiko aset anda mungkin meningkat kerana pekerja perlu membawa balik aset syarikat untuk bekerja dari rumah (BDR). Perancang kami membuat insurans semua risiko khas untuk melindungi aset anda seperti komputer riba, tablet dan sebarang peralatan elektrik kecil apabila berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti kebakaran, kemalangan atau kecurian berlaku.
Situasi yang kami lindungi
  • Anda/atau pekerja anda membawa balik komputer riba syarikat untuk bekerja dan secara tidak sengaja komputer riba tersebut jatuh dan rosak.

  • Anda/atau pekerja anda membawa komputer riba syarikat dan dalam perjalanan diragut.

  • Anda/atau pekerja anda sedang menikmati kopi semasa bekerja dan secara tidak sengaja tertolak cawan, kopi mengalir ke atas komputer riba dan rosak.

  • Peralatan pejabat rosak akibat air disebabkan 1 daripada pekerja tidak menutup air selepas digunakan di pejabat.

  • Papan elektrik mengalami litar pintas dan menyebabkan kebakaran pada kandungan pejabat.

  • Anda/atau pekerja anda terlibat dalam kemalangan kereta yang serius. Kereta tersebut mengalami kerosakan termasuk barangan peribadi dan projektor dan komputer riba syarikat. Insurans semua risiko akan melindungi projektor dan komputer riba syarikat manakala kerosakan kereta dilindungi oleh insurans pemandu kereta sendiri.

Soalan Lazim Insurans Pejabat
  • Apa itu insurans semua risiko?
    Insurans semua risiko melindungi mesin atau peralatan anda, perabot pejabat di dalam premis atau di dalam Malaysia.
  • Apakah perlindungan/faedah yang disediakan?
    Polisi ini melindungi:
    • Kehilangan atau kerosakan pada harta anda atau mana-mana bahagian akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan mahupun kecelakaan.
    • Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh kecelakaan melainkan kecelakaan tersebut dikecualikan secara khusus oleh polisi ini
    Tempoh perlindungan adalah selama setahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun.
  • Apakah pengecualian utama di bawah polisi ini?
    Polisi ini tidak melindungi kerugian akibat kemusnahan atau kerosakan:
    Disebabkan oleh atau berlaku kerana:
    1. Haus dan lusuh, susut nilai, kerosakan beransur-ansur, karat, kulat, serangga atau sebarang proses pembersihan, pencelupan, pembaikan, pemulihan atau pengubahsuaian.
    2. Kerosakan mekanikal atau elektrik atau kekacauan.
    3. Pereang, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau operasi peperangan (sama ada perang diisytiharkan atau tidak) atau perang saudara.
    4. Pemberontakan, rusuhan, dan kekecohan awam, kebangkitan tentera atau rakyat, revolusi, kudeta atau rampasan kuasa, undang-undang tentera atau situasi pengepungan atau mana-mana peristiwa atau penyebab yang menentukan pengisytiharan atau pengekalan undang-undang tentera atau situasi pengepungan.
    5. Rampasan atau nasionalisasi atau perolehan atau kemusnahan atau kerosakan harta oleh atau di bawah perintah mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Awam atau Tempatan.
    6. Kenderaan yang tidak diawasi
    Nota: Ini bukan senarai lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
  • Bolehkah saya membatalkan insurans saya?
    Anda boleh membatalkan insurans anda dengan memberikan notis bertulis kepaada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapatkan bayaran balik pengurangan premium berdasarkan kadar jangka pendek penanggung insurans untuk tempoh polisi yang telah dikuat kuasakan.
  • Apa yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran maklumat saya?
    Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan butiran maklumat anda untuk memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.
  • Apakah beberapa terma dan syarat utama yang perlu saya ketahui?
    • Kepentingan pendedahan
      Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika and memohon insurans ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu berkaitan dengannya, keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang akan digunakan dan apa-apa perkara yang boleh dijangka diketahui oleh orang yang munasabah dalam keadaan itu adalah relevan, jika tidak ia boleh mengakibatkan pengelakan kontrak, tuntutan ditolak atau dikurangkan, terma berubah atau berbeza-beza, atau kontrak ditamatkan. Kewajipan pendedahan untuk Kontrak Insurans Bukan Pengguna ini hendaklah berterusan sehingga masa kontrak dimeterai, diubah atau diperbaharui. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan segera jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami, mana-mana maklumat yang diberikan adalah tidak tepat atau telah berubah.
    • Anda mesti mengambil semua langkah berjaga-jaga dan munasabah untuk keselamatan harta yang diinsuranskan.
    • Jika amaun harta yang anda insuranskan adalah kurang daripada nilai sebenar pada masa kerugian (iaitu di bawah insurans) anda dianggap sebagai insurans kendiri perbezaannya.
    • Anda mesti memaklumkan syarikat insurans atau kami secara bertulis mengenai sebarang perubahan penting dalam tempoh polisi supaya pindaan yang diperlukan disahkan kepada polisi anda.
  • Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
    Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut tentang Insurans Semua Risiko kami atau sebarang jenis produk insurans lain, anda boleh menghubungi kami di www.fincrew.my

    Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di:

    Tower A Level 1-05 Vertical Business Suite
    59200 Bangsar,
    Kuala Lumpur, Malaysia
    Phone number: 603 2242 0820
    Email: support@fincrew.my
  • Apakah yang perlu saya lakukan apabila membeli insurans Semua Risiko?
    Anda mesti memastikan harta anda diinsuranskan pada jumlah yang sesuai. Anda perlu membaca dan memahami polisi insurans dan berbincang dengan pasukan 'live chat' kami atau menghubungi kami terus untuk mendapatkan maklumat lanjut.
All Risk Insurance Policy Jacket
X   Close