Allianz Insurance Melalui Fincrew

Loading...

Perbaharui Insurans Auto
Perbaharui
Allianz Insurance Allianz Insurance
with fincrew

Untuk semua pemandu Allianz Insurance yang telah diinsuranskan, kini anda boleh meiliki lebih banyak pilihan apabila memperbaharui insurans kereta anda. Dapatkan sebut harga tambahan daripada 6 syarikat insurans lain, bandingkan dan perbaharui insurans kereta anda dengan penjimatan tambahan. Semuanya dalam masa 5 minit.

Dapatkan Sebut Harga
Allianz Insurance Melalui Fincrew

Allianz Insurance adalah salah satu syarikat insurans yang telah terbukti sangat mahir dalam melindungi kehidupan dan harta benda dari segi kewangan. Sebagai sebuah peneraju syarikat kewangan Eropah yang terkemuka, ibu pejabat pertubuhan itu terletak di Munich. Jerman. Tertumpu kepada pengurusan aset dan insurans, pertubuhan ini diwakili oleh dua syarikat insurans di Malaysia hari ini. Ia adalah Allianz Life Insurance Malaysia dan Allianz General Insurance Company. Kedua-dua syarikat ini adalah di bawah pemilikan syarikat induk Allianz Malaysia Berhad (AMB).


Allianz Insurance Malaysia Hari Ini

Allianz Malaysia telah menjadi nama yang boleh dipercayai ramai di negara ini hari ini kerana perkhidmatan terbaik yang telah mereka berikan dengan konsisten dan tidak berbelah bahagi. Mereka telah menyediakan perkhidmatan yang boleh dipuji, daripada pelan insurans hayat mereka kepada produk insurans kereta dan motosikal. Disebabkan ini, ulasan positif membanjiri daripada kebanyakan orang yang telah mereka insuranskan. Jenama ini juga memiliki beberapa kejayaan untuk dijadikan sebagai bukti kepada tahap perkhidmatan yang tinggi dan mereka kekal komited untuk menyediakannya. Mereka adalah yang pertama memenangi Anugerah Pencapaian Cemerlang yang dianugerahkan oleh Persidangan dan Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN (ACGCA). Mereka mengesahkan semangat mereka untuk memberikan perlindungan tertinggi kepada rakyat di negara ini apabila Allianz Life Insurance Malaysia Berhad merangkul tempat teratas dalam kategori Insurans Hayat di Anugerah Perniagaan Antarabangsa Malaysia pada awal 2021.


Produk Allianz Insurance

Allianz di Malaysia mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada orang ramai di seluruh negara hari ini. Produk insurans yang dipamerkan adalah dalam kumpulan yang berbeza. Ini dikenali sebagai Insurans Peribadi dan Insurans Perniagaan.


Apa Yang Boleh Diharapkan Daripada Insurans Peribadi

Dibahagikan kepada kategori berbeza, ini adalah semua yang perlu anda tahu tentang pakej ini


Polisi Automotif Dan Perjalanan

Pakej ini meliputi segala-galanya daripada pelan insurans kereta dan motosikal kepada semua jenis bantuan di jalanan dan perlindungan perjalanan serta penerbangan. Di sini anda boleh mengakses pelbagai jenis perlindungan insurans untuk kenderaan anda seperti Perlindungan Pihak Ketiga, Perlindungan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian dan akhir sekali Perlindungan Komprehensif. Motosikaal anda juga tidak dilupakan kerana anda boleh mendapatkan produk Allianz Insurans yang unik untuknya seperti Motorcycle Plus. Akhir sekali sebagai mengiktiraf tujuan yang semakin pelbagai untuk pemilik kenderaan ambil untuk kereta mereka, Allianz Malaysia juga memberikan pilihan untuk mendapatkan Tambahan e-Hailing khas untuk perlindungan tambahan. Bantuan jalan raya yang berkualiti adalah penting kerana kereta boleh rosak di mana-mana dan pada bila-bila masa. Anda akan mempunyai senarai pakej yang berbeza untuk bantuan pengguna seperti The Bike Warrior, Road Warrior dan yang terakhir Enhanced Road Warrior. Akhirnya penjagaan perjalanan menjadi semakin penting sekaligus mewujudkan pakej polisi insurans perjalanan. Ia membolehkan anda untuk mendapatkan lapisan perlindungan tambahan apabila anda melakukan perjalanan melalui udara. Anda boleh mengakses Allianz Flight Care di sini.


Hayat, Perubatan dan Penyakit Kritikal

Tidak ada masa yang lebih baik untuk mengekalkan kehidupan anda dan memastikan anda melakukan semua yang diperlukan untuk kekal sihat. Itulah sebabnya Allianz Life Insurance Malaysia Berhad wujud, untuk membantu anda mencari perlindungan terbaik bagi membantu anda jika perkara yang tidak diingini berlaku. Dengan pakej ini, anda boleh menarik nafas lega kerana mereka akan membayar semua manfaat kematian yang diperlukan kepada benefisiari yang dilantik. Di mana Perlindungan Hayat berkenaan menawarkan pelbagai pakej yang boleh anda gunakan termasuk Allianz Prime Cover, Allianz MoneyBack, Allianz PowerLink, Allianz1Cover, Allianz BolehCover, Allianz iEssesntialCover, Power Shield dan Allianz Kasih Hayat. Setiap polisi ini memberikan anda jaminan yang diperlukan bahawa anda sedang melakukan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda. Dalam kategori Perubatan dan Penghospitalan, anda juga akan menemui beberapa kad perubatan yang boleh anda manfaatkan seperti Allianz MediCure, dan Allianz Booster Care. Olisi ini boleh mengurangkan dengan ketara jumlah perbelanjaan anda setiap kali anda memerlukan rawatan perubatan. Kategori lain yang juga boleh membantu mengurangkan perbelanjaan anda untuk bil perubatan ialah pakej Penyakit Kritikal. Apabila anda memanfaatkan polisi seperti Prime Care+. HealhCover Plus dan lain-lain, anda dapat melihat perbezaan yang munasabah dalam perbelanjaan keseluruhan anda. Beberapa kumpulan produk yang lain yang boleh anda gunakan dengan mudah dengan mudah di sini ialah Insurans Kemalangan Diri, Simpanan, Pelaburan, 'Waivers', serta Insurans Rumah. Mengambil kesempatan daripada pelbagai produk insurans yang boleh anda miliki dengan Allianz Malaysia, mampu memberikan perbezaan. Dengan keadaan dunia yang berubah-ubah, syarikat insurans ini boleh memberi anda jaminan bahawa anda telah membuat perancangan yang baik untuk masa hadapan yang tidak dapat diramal.

Promosi Semasa Allianz Insurance
Free Gift Campaign
Dapatkan Sebut Harga Sekarang
Insurance Providers lain dalam Fincrew
  • Smart Warranty Malaysia Logo
  • AXA Insurance
  • Kurnia Insurance
  • RHB Insurance
  • Etiqa Insurance
  • Zurich Insurance
X   Close