Perbaharui Insurans Auto
Malaysia
ONLINE INSURAN ONLINE INSURAN ONLINE INSURAN

MULA MEMPERBAHARUI INSURANS MOTOSIKAL ANDA DENGAN FINCREW

Insurans motor atau insurans kenderaan bermotor merupakan insurans untuk kenderaan bermotor sekiranya berlaku kemalangan yang tidak dijangka. Ini bermaksud, insurans motor selalunya akan merangkumi insurans kereta, insurans trak, insurans motosikal, insurans kenderaan dan sebagainya. Insurans motor direka untuk melindungi anda daripada sebarang tanggungjawab kewangan yang mungkin akan berlaku terhadap pihak ketiga atau harta benda anda. Polisi insurans motor yang berbeza akan memberikan pelindungan yang berbeza untuk anda bagi liabiliti yang berbeza. Walaupun anda tidak dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku dimasa hadapan, tidak rugi untuk melindungi diri anda dari segi kewangan.

Walaupun insurans kenderaan akan memberikan manfaat kepada anda untuk melindungi diri dari segi ekonomi dan kewangan, ia juga merupakan satu kewajipan untuk mendapatkan insurans kenderaan di Malaysia. Setiap kenderaan yang dipandu di atas jalan raya di Malaysia diwajibkan untuk mempunyai insurans kenderaan di bawah Akta RTA. Jadi, ada tambahan insentif untuk mendapatkan insurans kenderaan. Malaysia bukan sahaja mempunyai kadar kemalangan yang tinggi, kecederaan dan kematian juga tinggi pada setiap tahun. Kemalangan motosikal pula menyumbang kepada lebih 60% kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia. Ini memberikan kesan yang besar terhadap penduduk tempatan yang mungkin tidak diinsuranskan atau juga kurang pelindungan insurans. Kemungkinan untuk seseorang penunggang motosikal untuk terlibat dalam kemalangan adalah tinggi, walaupun penunggang motosikal terbabit adalah penunggang yang cermat.

Kami merasakan perlu bagi rakyat Malaysia untuk melindungi masa depan mereka daripada liabiliti akibat kemalangan dan mampu mendapatkan insurans motosikal secara atas talian dengan mudah. Oleh itu, Fincrew telah direka khusus untuk membantu pembeli insurans menganalisis, menilai dan membeli pelbagai syarikat insurans dengan pelbagai polisi insurans motor. Pembeli insurans boleh mencari, menilai dan membeli polisi insurans, atau juga memperbaharui polisi insurans sedia ada/ tamat tempoh secara atas talian.

Perbaharui Insurans Motorcycle Anda
Dengan Yuna dalam Fincrew
Mainkan Video

Saya kini boleh memperbaharui syarikat insurans saya setiap tahun dan bahkan memilih perlindungan terbaik yang saya perlukan untuk kereta saya. Yuna

 
Close
BAGAIMANA
IA BERFUNGSI?
Di sini kita akan melihat secara terperinci bagaimana anda boleh bermula dengan insurans motor anda.
Malaysia, adakah anda bersedia untuk insurans motor anda?
Langkah 1 Cari

Langkah pertama dalam mencari insurans kenderaan bermotor adalah memahami bahawa terdapat pelbagai syarikat insurans diluar sana dan apa yang mereka tawarkan serta polisi insurans dan pelindungan yang diberikan untuk setiap polisi tersebut. Walaupun kebanyakan syarikat insurans yang di senaraikan di sini mempunyai laman web mereka sendiri, sukar untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan secara atas talian. Selain itu, adalah penting bagi anda sebagai pembeli untuk mendidik diri anda mengenai semua perkara yang boleh memengaruhi polisi anda.

Anda kini boleh mencari insurans motor terbaik di Malaysia dengan hanya beberapa langkah sahaja. Anda boleh mengakses ke sumber pendidikan yang akan membantu memberi maklumat dan menjadikan pembelian insurans lebih mudah. Pembeli insurans juga boleh mengakses panduan insurans artikel insurans, berita, panduan video, infograpfik, dan banyak lagi secara percuma. Segala maklumat ini menjadikan tugas anda untuk mencari insurans dan juga polisi lebih mudah.

Langkah 2 Menilai

Walaupun setiap syarikat insurans ini mungkin akan memberikan maklumat terperinci kepada anda tentang polisi insurans kenderaan mereka, sukar untuk membandingkan dan menilai syarikat insurans yang berbeza dengan polisi yang berbeza. Ianya sukar dilakukan kerana segala maklumat yang anda cari tidak berada di satu tempat yang sama. Anda juga sukar membandingkan sesuatu tanpa menetapkan kriteria yang diperlukan untuk membandingkan polisi tersebut.

Anda kini boleh mengakses pelbagai polisi dan syarikat insurans di satu tempat yang sama dengan format jadual yang boleh membantu anda menilai pelbagai jenis polisi secara bersebelahan. Ini membuatkan perbandingan pelbagai polisi, pelindungan dalam polisi, jumlah yang dilindungi, tempoh dan maklumat yang lain boleh diperolehi dengan cepat melalui satu platform sahaja. Anda boleh menilai pelbagai jenis polisi secara percuma sebelum membuat keputusan membeli insurans.

Langkah 3 Pembelian

Setelah anda mendapat sebut harga insurans dan menilai apa yang ingin anda beli, kemudian anda boleh membayar insurans motosikal anda secara atas talian. Ini menjadikan pembelian insurans kenderaan secara atas talian lebih mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan juga sumber tambahan. Dengan membeli insurans secara atas talian, anda juga boleh menghapuskan keperluan untuk orang tengah atau ejen dan juga mengelakkan sebarang bayaran atau caj tambahan yang mungkin akan dikenakan.

Jika anda sedang mencari polisi insurans motor atau produk insurans, anda boleh melakukannya secara percuma melalui laman web ini. Anda juga mendapatkan sebut harga insurans dari pelbagai syarikat insurans mengikut masa dan keperluan anda. Ini bermakna anda boleh memilih, menilai dan membayar insurans motosikal, serta memperbaharui insurans motosikal anda secara atas talian.

X   Close